Followers

Thursday 17 September 2015

Rungkaian Hadis 40: Hadis berkaitan Islam, Iman & Ihsan (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.b.t.


Selawat dan Salam ke atas jujungan besar Sayyidina Wa Maulana Al-Mustafa Ahmadi, Keluarga dan Sahabat yang mulia serta didalam redha Allah

Islam dan Rukunnya:
Rukun 1: Kalimah Syahadah

Kalimah Syahadah merupakan ungkapan tauhid dan mempercayai kenabian Rasulullah s.a.w. Dalam kalimah Syahadah ini terkandung dua penyaksian dan pembenaran terhadap keESAan Allah dan kerasulan Rasulullah.

Penyaksian ini bukan semata-mata penyaksian kosong tetapi mengandungi maksud tersirat iaitu seorang hamba itu mengakui dengan sebenar-benarnya melalui iktiqad dan kesungguhan hati bahawa Allah adalah tunggal ( Esa) dan tiada sekutu (lawan) terhadap ketuhanan Allah. Perkara ini akan ditekankan dalam bab Iman.

Rukun 2: Solat ( sehari dan semalam)

Solat adalah berdoa dari sudut bahasanya kerana dengan solat maka ibarat kita berbicara dan meminta kepada Allah. Ini kerana, didalam mendirikan solat itu ada perkara yang perlu dijaga yakni rukun solat yang mengandungi 13 rukun :


Dalil berkaitan dengan solat:


Maksudnya:

Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'

( Surah Al-Baqarah: 2: 43)

Rukun 3: Puasa di Bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan Ramadhan yakni menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Puasa diwajibkan bagi orang yang baligh ( sampai umur ), berakal ( tidak gila ), sihat tubuh badan ( tidak uzur/sakit) dan bermukim ( bukan musafir ).

Dalil berkaitan dengan puasa:


Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

(Surah Al-Baqarah: 2: 183)


Bersambung.......

Wednesday 16 September 2015

Rungkaian Hadis 40: Hadis berkaitan Islam, Iman & Ihsan (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.b.t.



Selawat dan Salam ke atas jujungan besar Sayyidina Wa Maulana Al-Mustafa Ahmadi, Keluarga dan Sahabat yang mulia serta didalam redha Allah

Faqir membawa hadis yang kedua untuk bermuzakarah dengan sahabat sekalian tentang intipati hadis yang sedikit menyentuh tentang maksud Islam, Iman dan Ihsan. Segala ilham ini dari Allah hanya untuk perkongsian ilmu, jika terdapat kesalahan maka boleh diperbetulkan dengan komen di bawah. Moga Allah memberi kita semua kebaikan diatas ilmu ini, insyaAllah. ( Muzakarah ini terbahagi kepada beberapa bahagian).



Maksudnya:

Daripada Saiyidina 'Umar bin Al-Khattab r.a. ,beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.  Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: 

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan solah, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.  

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. 

Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. 

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).  

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.           

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa'ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad , no: 346).

Tuesday 15 September 2015

Isu-Isu Besar Pemerintahan Sayyidina Uthman: Isu Pertama : Mengabaikan Hudud

Assalamualaikum...


Selawat dan Salam ke atas jujungan besar Sayyidina Wa Maulana Al-Mustafa Ahmadi, Keluarga dan Sahabat yang mulia serta didalam redha Allah

Isu Besar Pemerintahan Sayyidina Uthman r.a: 

Mengabaikan Hudud

Isu ini dicetuskan setelah anak kepada khalifah Umar bin Al-Khattab r.a yang bernama Ubaidillah tidak dapat menahan sabar kerana pembunuhan Sayyidina Umar lalu menuntut bela dengan membunuh tiga orang yang dianggap terlibat dengan jenayah tersebut:

  1. Anak perempuan Abu Lu'luah ( Abu Lu'luah adalah pembunuh Umar)
  2. Jufainah ( Lelaki Nasrani dari Hirah)
  3. Harmuzan ( bekas gabenor salah sebuah wilayah Parsi)
Pembunuhan (sebab) dilakukan kepada mangsa yang pertama kerana dia merupakan anak Abu Lu'luah ( si pembunuh) manakala kedua dan ketiga disebabkan saksi yang iaitu Ab. Rahman bin Abu Bakar mengatakan terlihat mangsa yang kedua dan ketiga berada bersama Abu Lu'luah  sedang berbisik di suatu tempat malam sebelum pembunuhan berlaku. Menurut Ab. Rahman lagi beliau ternampak Hanjar ( pedang dua mata) terjatuh dari tangan mereka pada waktu tersebut. 

Permasalahan yang timbul adalah disebabkan individu yang ketiga yakni Harmuzan yang memeluk Islam malahan pula hukuman sebenarnya perlu dilaksanakan oleh pemerintah dan bukan kaum kerabat orang yang dibunuh ( Sayyidina Umar).

Isu:

Sayyidina Uthman melepaskan Ubaidillah dengan membayar diat.

Jawapan:

Menurut Ibnu Arabi dalam kitabnya Al-Wasim yang dipetik dari At-Tabari, Sayyidina Uthman memerintahkan Ubaidillah dikurung di rumah Saad bin Abi Waqqas r.a kerana beliau yang menangkap Ubaidillah. Maka Sayyidina Uthman meminta pandangan kepada kaum Ansar dan Muhajirin untuk melangsungkan hukuman. Maka. dijawab oleh Ali dengan dibunuh sahaja Ubaidillah. Walau bagaimanapun, Amru bin Al-As berpendapat bahawa perkara itu bukan dibawah tanggungan Sayyidina Uthman kerana berlaku sebelum baiat. Selain itu juga, tiada tuntutan dari anak si mati ( Harmuzan) yakni Qumazaban untuk menuntut bela atas kematian ayahandannya. Oleh kerana itu, dengan rasa tanggungjawab Sayyidina Uthman membayar diat diatas kematian Harmuzan. Ini kerana pada pendapatnya beliau merupakan wali kepada Ubaidillah dan ia menanggungnya dengan hartanya sendiri. Jadi deretan kisah yang sebenar ialah Sayyidina Uthman memang ingin menjatuhkan hukuman Qisas kepada Ubaidillah tetapi tiada tuntutan itu dari anak si mati, maka sebagai rasa syukur tiada pembunuhan yang berlaku, maka Sayyidina Uthman membayar diat kepada Qumazaban sebagai bayaran gantian kepada hukuman Qisas tersebut.

Wallahu'alam

Monday 14 September 2015

Muzakarah ilmu: Fakta Perang dunia 1

Assalamualaikum....



Perang dunia pertama yang berlangsung pada tahun 1914-1918 yakni selama 4 tahun. Fakta yang ada pada perang dunia 1 seperti berikut:

Negara yang terlibat:

1) Rusia + Serbia + Albania + Greece + Romania + Italy + France + Portugal + Britain.

2) German + Austria + Hungary + Turkey

Disebabkan oleh:


  • Kemunculan Pakatan Tentera ( perlu dikaji siapa dalang )
  • Imperialisme
  • Perlumbaan Senjata
  • Krisis Balkan 
          Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand oleh pemuda Serbia
          ( Pada tarikh 28 Jun 1914 )

Mula perang: 28 Julai 1914 

Punca tamat perang: Perjanjian Versailler ( boleh rujuk )

Jumlah Tentera yang terlibat:






Muzakarah Ilmu: Faedah Bersugi

Assalamualaikum...

Bahagian ilmu yang ingin dikongsikan kepada sahabat sekalian ialah faedah bersugi. Untuk cara menggunakan sugi boleh dilihat pada gambar:


Faedah ini diambil dari kalam Ibn Hajar yang mengandungi 10 hal:

1) Membersihkan mulut

2) Menjadi sebab keredhaan Allah s.w.t

3) Menyebabkan kemarahan syaitan

4) Allah serta para malaikat mengasihi orang yang bersugi

5) Menguatkan gusi

6) Menghilangkan kahak/ lendiran

7) Mewangikan mulut

8) Menghapuskan safra' ( sejenis penyakit )

9) Menguatkan pandangan mata

10) Menghilangkan bau mulut.

Moga fadhilat/ faedah membuka mata sahabat untuk sentiasa bersugi dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w.

Sunday 13 September 2015

Ucapan Terakhir Presiden.

Assalamualaikum w.b.t

Ucapan Terakhir Presiden ini faqir amati dari lagu yang dinukilankan serta didendangkan oleh Joe Flizzow yang bertajuk Ucapan Terakhir Presiden. Mari lihat bersama:

Ucapan ini asalnya dipetik dari ucapan Dato' Onn Jaafar yang mempunyai maksud-maksud yang tersirat iaitu:

1) Ungkapan "langkah-langkah dan perbuatan yang kebimbangan kepada diri saya sendiri."

2) Ungkapan "saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang."

3) Ungkapan " Melihat gerak langkah dan cadangan yang hendak didatangkan ke atas tanah ini"

4 Ungkapan " Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup".

Inilah perkara yang perlu difikirkan oleh orang Malaysia khususnya bagaimana bangunnya negara ini. Fikirkanlah anak bangsa. Carilah maksud tersirat dari ungkapan ini.

Buat kajian tentang sejarah yang disajikan buat kita, fikir dan kaji.

" Dengan ungkapan ini saya menamatkan pekerjaan saya".

Tribute: Dato' Onn Jaafar.

Saturday 12 September 2015

Pembuka bicara

Assalamualaikum, pembuka bicara selamat buat sahabat yang bertandang.

Penulis, Faqir Mujadidi merupakan penulis underground yang tidak terkenal bahkan tidak dikenali oleh sesiapa, tujuan blog dibuat untuk muzakarah ilmu yang telah dipelajari oleh faqir sepanjang hidup faqir di dunia ini.

Buat permulaan dan kenangan-kenangan usrah kehidupan, faqir mengajak sahabat menghayati lagu SECERAH PAWANA dendangan Ustaz Nazrey Johari.

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
Begitulah hati merindu kasih yang padu
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan
Begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

Kita ingin segalanya indah
Sebersih pasir pantai memutih
Seindah dan secerah pawana
Berseri ukhwah dipupuk kasih

Kita ingin segala terlerai
Dengki dan dendam kesumat musnah
Biar keikhlasan berbicara
Di dada hati luas saujana

Video: